4 Tips untuk Harimau Malaya melangkah ke World Cup 2026
4 tips ni hanyalah rekaan dan teori aku jer. Tapi mungkin berguna kalau Malaysia terdesak sangat nak jadi Tuanrumah bersama World Cup 2026. Ini boleh dijadikan sebagai pendekatan atau satu strategi memenuhi hsrat rakyat Malaysia yang kepingin sangat nak tengok Malaysia beraksi dalam pusingan akhir World Cup. Tapi jangan plak ada rakyat Malaysia yang berpaling tadah bila Malaysia layak ke pusingan akhir tersebut. Maklumlah, terlalu ramai sangat ‘penyokong munafik’ dalam Malaysia ni..
Guna pemain import
Bukan mengimport pemain macam dalam liga EPL tetapi lebih kepada memberikan kerakyatan kepada pemain-pemain bolasepak import yang bermastautin lama disini. Cara ni dah lama dipraktikkan di Singapura. Perasan tak ada 2-3 pemain omputih dalam skuad diorang. Selain dapat menambahkan kekuatan, ia juga dapat memberikan ilmu manfaat kepada pemain-pemain tempatan. Tapi, nak ker Malaysia buat camtu? Ego yang tinggi.. mungkin tidak.
Tukar Cara pemakanan
Menghasilkan pemain yang berbakat bukan takat pada skil permainan sahaja, perlu ada sedikit perbezaan pada tubuh fizikal. Selain itu, permakanan yang bagus dan teratur dapat meningkatkan daya kekuatan fizikal dan jasad yang besar dan berotot. Cara ni pun adalah cara yang diamalkan oleh Jepun ketika ranking diorang bawah kita. Sekarang? Terbukti bukan yang pemain Jepun sedikit pantas dan besar daripada kita. Cara ni payah dipraktikkan kerana ramai sangat pemain yang rindukan masakan mak.. macam ada sorang tu.. heheh
Cari bakat di seluruh pelusuk kampung – Bila cari bakat semua di sekolah. Belum tentu di sekolah itu bagus pasal yang kat sekolah tu la banyak ‘primadona’. Kenapa di kampung? Walaupun tahap kampung, semangat kesukanan mereka amat tinggi berbanding orang yang nak main utk sekolah jer. Bukti? Ko pi la tengok diorang main.. dlam hujan lebat pun layan..
Latihan keras ala tentera
Cara China, Korea Selatan dan kekadang Jerman pun suka layan. Jose Mourinho pun suka gak pasal cara ni penuh disiplin dan menjadikan pemain lebih pantas, mantop dan perkasa. Jadi tak timbul soal tekanan berhadapan pasukan handal. Contoh? Cari la sendiri.. heeh
Cipta permainan tersendiri
Kalau Brazil dengan sambanya, Jerman dengan kerjasama pasukan dan Argentina dengan kepantasan menggelecek. Malaysia? Kita reka satu formasi tersendiri dengan teknik permainan yang unik. Kalau ko dah tau pemain Malaysia banyak kaki pendek, layanlah main passing short dan dribble. Kalau kena gayanya, leh jadi macam Greece.. pasukan yang bagus ngan set piece…
Tapi tak semestinya langkah ni semua berguna. Ni teori aku saja berdasarkan pemerhatian yang kurang sikit intelek. Fikir logik. Kalau kita kumpul semua pakar-pakar sukan, dah tentu kita akan temui formula terbaik utnuk pembangunan sukan bolasepak Malaysia
1 Comment to “4 Tips untuk Harimau Malaya melangkah ke World Cup 2026”
Add Comments (+)Leave a Reply
Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178
bermain untuk pasukan dan negara.