Pandai macam keldai

Biasa orang akan mengandaikan “Pandai macam Pelanduk” tapi itu istilah kepada mereka yang betul-betul bijaksana bagaikan Pelanduk. Untuk perihal aku, “Pandainya seakan Keldai” kerana Keldai tak bodoh seperti lembu. Orang tak peribahasakan Keldai itu bodoh tapi dia pemalas. Jadi, Keldai mungkin pandai daripada Lembu tapi tak secerdik si Pelanduk.

Peribahasa ini aku tujukan kepada mamat yang bernama ‘A**m yang merupakan Technician sambilan TMNET (aku rasa dia ni tak terlatih memandangkan nama dia takde dalam senarai authorised TMNET installer). Alkisahnya, aku telah melanggan Streamyx Basic di rumah pak mertua aku di Selandau (Selandar la tu.. orang Melaka). Tiba masa untuk temujanji hari ke 4, dia tak call2 sampailah pukul 2ptg aku yang plak call dia. Sapa plak Installer dan sapa plak customer? Aku ke dia? Punyalah ‘bercinta’ nak call mamat ni. Asik tak angkat, masuk mesej. Last2 dia returned call dan inform nak datang ari tu gak. Aku suh dia datang ari Sabtu, dia kata cuti. Aikk? Sejak bila plak Technician cuti ari Sabtu? Ikut region ker? Masa kat KL boleh jer datang kul 4ptg hari Sabtu. So, aku request Username dan Password utk setup sendiri. Bukan susah pun!

Pada hari yang ditunggu2, Sabtu tu aku mulakan operasi memasang internet. Baru pasang modem dan sambungkan kabel telefon, lampu DSL dah blinking. Mengikut teori aku dan apa yang aku baca dalam manual yang telah ditauliahkan, ‘blinking’ maksudnya DSL line down atau tak configured. Yang pastinya aku rasa dah configured pasal mamat tu cakap dah setel suma. Aku call TMNET dah follow procedure ngan Technical staff, confirm memang line problem. Tapi bukan down pasal katanya takde respon dari side dia. So dia suspect tak configured dengan betul.. sama ada port di ibusawat atau kat tiang TM. Rasa geram pun ada, rasa nak mengamuk pun ada. Aku proceed call mamat tu dan komplen. Dia kata nak setel ari senin. So aku tunggu sampai kul 5ptg.. tak call juga. Bila aku called masuk msg. Sah2 mamat ni cuti.

Aku telefon TMNET komplen dan diorang suggest suh tunggu ari Selasa. So, aku terima dengan hati yang berat. Seperti yang dijanjikan, mamat tu datang ke rumah pak mentua aku pada hari Selasa dan macam biasa dia buat test ngan modem dia. Dia telefon dan inform kata takde masalah. Tapi dia kata modem DLINK aku yang problem. Rosak. Aikk.. bagusnya Technician ni.. belum configure dah tau modem rosak padahal aku baru beli 5 hari lepas dan dah test kat umah aku.. Superb no problem. Aku suh dia belek2 tiba2 dia kata tak boleh sbb TMNET tak bagi takut rosak.. wakakakkaka… usik settings rosak terus. Apa punya pandai la technician ni. Dia kata nak usik gak bayar RM50… berkiranya mamat ni. Usik sikit duit skit… Usik sekejap tak boleh even Customer tanggung risiko kerosakkan modem. Ni technician pandai macam Keldai. Dia pandai tapi pemalas… semua yang dia usaha nak disuapkan dengan nilai ringgit. Apa nak jadi la ngan mamat ni. Last2 aku suh dia balik biar aku je buat. Seperti biasa, minggu ni aku balik dan test malam ni, konfem line OK.. modem pun OK. Technician je tak OK.

Moral: Kalau korang ada modem sendiri dan tak tau nak cofigure, tanyalah rakan2 yang tau atau panggil Apek kedai komputer datang install. Nak harapkan Technician macam di atas ni… hampeh. Benda tak rosak pun dia kata rosak dengan alasan suh ko beli modem daripada dia.. BANYAK CANTIKKK!

Posted in : Sembang Teknologi
Tags: ,

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178