Antara Unifi & Streamyx atau Yang mahal dan mahal?

Pakej langganan Unifi - unifi.my

Dengan secara hormatnya, Malaysia kini selangkah ke hadapan dalam era globalisasi jalur lebar dan informasi tanpa sempadan. Malaysia antara negara yang sedang berusaha meningkatkan keupayaan rangkaian jalur lebar ke paras yang boleh dibanggakan. Tapi, dari sudut penyelarasan dan pelaksanaannya, Malaysia agak ketinggalan berbanding jiran-jirannya yang lain. Kenapa? Kerana masalah birokrasi dan pemonopolian perkhidmatan jalur lebar oleh satu pihak telah merencatkan perlaksanaan denga segera.

24/03/2010 – Tarikh yang harus diingati oleh seluruh pengguna-pengguna Unifi kerana tarikh keramat inilah bermulanya saat gentian optik beroprerasi mengganti kabel tembaga yang menjadi idaman ‘Pengumpul Besi Sambilan’. Gentian optik memang terkenal dengan keupayaannya menghantar 111GB dalam masa sesaat dan disebabkan keupayaan tersebut, TM telahpun berusaha menggantikan kesemua infra lama ke gentian optik. Dan secara faktanya, memang gentian optik itu terlalu mahal untuk diselenggara secara menyeluruh di seluruh negara. Maka sebab itulah hanya Lembah Klang sahaja yang dapat menikmati perkhidmatan Unifi ini.

Yang Bestnya

  • Keupayaan Broadband dapat dipertingkatkan kepada 5Mbps, 10Mbps dan 20Mbps yang mana mengatasi keupayaan Streamyx 4Mbps!
  • Muat turun segala file yang besar dalam masa beberapa saat.
  • Tiada lag atau buffering jika tonton Youtube atau sebarang Streaming.
  • Keupayaan menonton IP TV secara menyeluruh dan lancar.

Yang Tak Bestnya

  • Unifi terlalu mahal untuk golongan medium dan dalam erti kata lain, pengguna terbesar dalam perkhidmatan Streamyx.
  • Unifi menggunakan Gentian Optik yang mana cahaya disalurkan menerusi gentian tersebut. Cahaya datang dari bekalan elektrik. Jika blackout, bukan saja internet down, malah telefon pun down kerana berkongsi gentian yang sama!
  • Ada had dalam menggunakan khidmat muat turun.. jadi korang takleh la sesuka hati nak muat turun.. hahah
  • Modem yang lain akan dipakai untuk perkhidmatan Unifi ini. Maknanya, kena buang la modem yang lama.. betul ker?

Berikut adalah comparison harga berbanding negara jiran dan negara yang dah ada Broadband sama jenis dengan Unifi. Jika ikut logik, Unifi terlalu mahal berbanding negara-negara lain. Jangan convert currency, just imagine kalau semua rate adalah sama yang mana gaji pencuci pinggan di Australia mungkin dalam AUD500 sama dengan gaji operator kilang yang cabuk RM500.. Mahal kan?

Kos Broadband di Singapura

Info dari website Singtel

Kos Broadband di Australia

Info dari website Westnet

Posted in : Sembang Teknologi
Tags: ,

2 Comments to “Antara Unifi & Streamyx atau Yang mahal dan mahal?”

Add Comments (+)

  1. seo says:

    Well, this is my first visit to your blog! We are a group of volunteers and starting a new initiative in a community in the same niche. Your blog provided us valuable information to work on. You have done a marvellous job!

  2. this upcoming game is undoubtedly astounding

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178