Santapan ruji buat akhirat
Himpunan-himpunan zikir-zikir yang boleh dijadikan santapan rohani buat semua muslimin dan muslimat. Hayati dengan tenang dan fahami dengan jelas setiap maksud dan ayat yang diucapkan. Moga kita lebih faham apa maksudnya dan jadikan ia sebagai pendinding diri menghadapi dunia yang penuh rintangan. Insyaallah.

Di dalam kekecohan segelintir manusia yang bergelar Melayu-Islam menentang penggunaan kalimah Allah oleh segelintir orang bukan Islam baik kiranya kita selidiki sejarah penggunaan nama tersebut dari sejak zaman Nabi Adam turun ke bumi sehinggalah wafatnya Rasulullah SAW. Jika cetek ilmu di dada jangan sekali-sekali menduga tingginya langit itu. Jika kita tidak tahu asal usul sesuatu perkara itu, lebih baik kiranya kita diam dan redha sahaja. Tidak rosak akidah seseorang itu jika dia penuh ilmu di dada dan kuat pegangannya terhadap agama Islam. Bukan kerana satu perkataan kita menjana kerosakkan perpaduan manusia di bumi Allah. Allah itu Maha Esa dan mempunyai 99 nama yang seharusnya kita semua sedia maklum. Saksikanlah video di atas mengenai kebesaran dan keunikan 99 nama Allah.
Leave a Reply
Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178