Apa kata Ustaz Harun Din

Baru-baru ni kecoh tentang penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald-The Catholic Weekly yang telah menang dalam kesnya di mahkamah. Habis 1Malaysia dicanang tentang tentangan mengenai penggunaan kalimah tersebut dan ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan mereka yang bukan Islam. Sebelum canang, kita sebagai orang Islam terfikir atau tidak adakah ini caranya yang diterapkan di dalam Al Quran. Menentang secara keras tanpa ada sebarang wacana ilmiah atau musyawarah? Terfikirkah kita kalau kita bertindak sedemikian bakal menimbulkan tanggapan negatif bahawa Islam tu suka menentang dan ini sekaligus mengiyakan Islam itu pengganas di mata orang-orang bukan Islam. Nyata kita sebagai orang-orang muslim masih cetek tentang agama Islam sendiri.

Memang aku bukan arif maupun seorang Ulama yang bertauliah membincangkan hal sebegini. Bukan aku nak mengaskan siapa benar dan siapa salah. Kita kena kaji semula kenapa perkara macam ini terjadi? Semak semula perlembagaan Malaysia… salah siapa? Kalau kita cegah sebelum merebak sudah tentu tak terjadi perkara sebegini. Tetapi mmg lumrah orang-orang kita, suka mencegah selepas merebak. Selalu kurang prihatin perkara sebegini dan terlepas pandang pada yang penting ibarat ‘Kuman di seberang laut nampak tapi Gajah di depan mata tak nampak’.

Bila dah jadi sebegini, penyelesaian secara bijak harus digunakan. Jangan setakat belajar hingga ke seberang, menjawat jawatan pemimpin tetapi berfikir seperti orang kurang intelek. Jangan berani berkata-kata dan canang sana sini tetapi tak guna otak untuk mencari penyelesaian. Kalau sesat mencari penyelesaian, rujuk Ulama.. itukan lebih afdal.

Kita rujuk sendiri pada video di atas mengenai pendirian Ustaz Harun Din tentang kalimah Allah tersebut. Ada betul pendekatan yang dicadangkan. Pokok pangkalnya mereka yang ada kuasa, laksanakan apa yang sepatutnya bukan canang 1Malaysia.

Posted in : Sembang hari ni
Tags: ,

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178