Biar kecil tapi bermakna..


Minggu lepas Ahad 3/01/2010, tamat sudah Karnival Rakyat Kajang anjuran PAS sempena ulangtahun ke 25 di kawasan Selangor. Aku tak juga ketinggalan mengunjungi gerai-gerai tersebut pada minggu sebelumnya 26/12/2009 dan aku dapati begitu banyak gerai-gerai bercirikan Islam dan juga Islam Hadhari (Ini bukan sebahagian ajaran Islam yer). Malangnya, penjual-penjualnya pula tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman yang tinggi. Ramai yang terdedah daripada tertutup. Waktu tu selepas Solat Maghrib di Metropoint Kajang, aku singgah sebentar nak melihat kalau-kalau ada ceramah atau persembahan nasyid malam tu. Tapi takde la pulak.

Jadi aku sempat pusing-pusing bersama isteri aku berjalan tawaf sekeliling stadium Kajang. Sempat juga la kitorang beli CD Zikir Munajat – Akhil Hayy dan beberapa sticker kereta yang ‘panas’. Sekali baca memang la terasa tapi bila 2 kali baca kreatif juga diorang ni. Dalam pusing-pusing tu juga, aku sempat beli sweetcorn madu. Saja nak mengisi perut yang lapar pasal tak makan malam lagi. Bila melepasi pentas acara, aku disapa oleh seseorang yang macam aku pernah lihat. Tak lain tak bukan Abang Nazrey ex-Raihan. Kali ni dia datang bukan sebagai penghibur tetapi sebagai seorang pendakwah yang cuba mengutip derma untuk pembinaan Pusat Tahfiz di Ranau, Sabah. Bila sebut je pasal derma, memang la orang-orang lain yang dengar sure nak cabut dulu. Tapi aku dengan tergerak hati tanpa usul periksa terus masukkan duit. Rasa terpanggil nak berbakti kepada agama pasal aku banyak dengar cerita tentang kejahilan penduduk di sana mengenai ajaran Islam.

Apa salahnya kita sumbangkan sedikit wang yang ada ke arah jalan murni mendakwahkan ajaran Islam selain dapat menyucikan semua wang yang kita miliki. Kadangkala terfikir gak aku, halal ker duit yang aku dapat tu.. berkat ker? Jadi kepada korang kalau nak sumbang kepada tahfiz berkenaan, rajin-rajin la masuk ke laman web seperti di bawah.

Posted in : Sembang hari ni
Tags: , , ,

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178