Belum bertemu dengan ruas
Tempohari, satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Syria telah berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Perlawanan yang telah dipulaukan oleh media-media tempatan baik TV atau radio kesemua seakan-akan tidak menyedari kewujudan perlawanan persahabatan tersebut. Biar perlawanan ini tak sehebat Liga EPL atau Kejohanan Piala Dunia tapi ia juga menggambarkan bagaimana skuad Sukan SEA ini berhadapan dengan pasukan Asia yang lain.
Rata-rata boleh digambarkan kemenangan 4-1 merupakan satu kejutan awal buat peminat fanatik mahupun pasif tanahair. Tapi ini semua adalah gambaran awal perkembangan bolasepak tanahair. Seperti kata Raja.. peningkatan permainan pasukan lebih penting daripada keputusan perlawanan. Malaysia bakal bertemu ruas pada 6/01/2010 di Dubai menentang UAE dalam kempen Piala Asia yang mana pasukan Malaysia bertandang sebagai melengkapkan perlawanan kumpulan. Malaysia awal-awal lagi dah kecundang kerana 3 kekalahan berturut-turut di tangan Uzbekistan dan UAE. Boleh dikatakan perlawanan Rabu ini adalah perlawanan menguji kehebatan skuad Emas Sukan SEA di persada kejohanan antarabangsa.
Kali ni barisan pemain-pemain 90% adalah barisan asal skuad Sukan SEA dan Norhafiz Zamani adalah wakil tunggal pemain senior dalam skuad tersebut. Apa-apa pun aku ucapkan selamat berjaya pada perlawanan menentang UAE dan sekaligus bakal mengundang peminat-peminat Liga Super Malaysia ke stadium pada Sabtu ini 9/01.
Leave a Reply
Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178