Ko Terjah, Aku Baring..

Besok petang waktu Malaysia, 6ptg merupakan waktu dan tarikh keramat bagi seluruh warga Malaysia. Ini adalah titik tolak kepada kebangkitan skuad Malaysia dan kewibawaan Jurulatih Rajagobal mencongak strategi untuk memungut pingat emas untuk negara. Mahu tak mahu, Malaysia harus menang esok untuk memujuk semula hati peminat bolasepak yang dah lama menunggu kejuaraan daripada skuad Malaysia.

Vietnam merupakan pasukan Underdog yang semakin matured dan mereka juga inginkan kejuaraan untuk menjadi selaku juara Asia Tenggara pada tahun 2009. Dah tentu mereka tak mudah mengalah dengan Malaysia. Berhadapan dengan mereka nampak seakan sukar sebab mereka pantas? Apa bezanya Malaysia? Kita juga boleh bermain pantas. Kita dah buktikan semasa bertemu skuad kelab gergasi UK – Manchester United. Bahkan Alex Ferguson sendiri mengakui kepantasan permainan Malaysia. Jadi bukan masalah kepantasan yang harus ditakuti tetapi lakonan terbaik oleh pemain-pemain vietnam.

Cuba kita imbas kembali ketika perlawanan kumpulan tempohari. Bagaimana pemain-pemain Vietnam menggunakan kebijaksaan mereka berguling dan bersandiwara apabila ditepis, tangkis oleh pemain pertahanan Malaysia. Alih-alih dapat penalti, sepakan percuma dan kad kuning dilayangkan kepada pemain Malaysia. Mereka mmg bijak + kreatif. Jangan lupa, kemungkinan esok diorang akan mula bersandiwara lagi.

Ramalan aku, kita bakal menang besok dengan jaringan 2-1. Dan seperti biasa Malaysia bakal menggunakan taktik counter attack untuk mendapatkan keputusan di saat terakhir.

Siaran Lansung di TV2
Waktu: 6 ptg
Tarikh: 17/12/09

Posted in : Sembang Bola
Tags: ,

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178