Berpijak di bumi yang nyata..


Atas kertas, kita memang pernah menewaskan Laos beberapa kali. Dan keputusan paling memberangsangkan dalam Sukan SEA, menang ke atas Laos 4-0 di Korat pada tahun 2007. Tapi masa tu bukan Alfred Riedl yang menjadi jurlatih diorang. Hari ni situasi berbeza sebab Laos adalah tuanrumah Sukan SEA kali ni dan prestasi mereka dalam peringkat kumpulan amat memberangsangkan. Jadi Malaysia tak boleh ambil mudah pasukan Laos kerana malam ni mereka bakal berdepan dengan pemain ke 12 Laos iaitu penyokong mereka sendiri. Provokasi mungkin berlaku kerana mereka tahu kelemahan Malaysia yang mudah berang jika tertekan.

Malam ni, TV2 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung pada pukul 8 malam dan ini bermakna berita tamil takde la. Mungkin kita tak dapat serta untuk memberi sokongan padu, tapi cukuplah sekadar sokongan moral kepada mereka. Jangan lupa temujanji malam ni dan sebagai penyejuk mata, saksikanlah slot video ulangan Laos menentang Singapura baru-baru ini..

Posted in : Sembang Bola
Tags: , ,

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178