Ramalanku Benar Belaka..
Semalam dalam FB aku main-main ramalkan Malaysia akan menang ke atas Thailand 2-1 tapi tak sangka plak menjadi kenyataan. Selepas Malaysia ketinggalan 0-1 kerana gol pertama Thailand hasil daripada sepakan percuma pada separuh masa kedua tampak menghancurkan sedikit harapan rakyat Malaysia. Dan berdasarkan pengalaman mental pasukan-pasukan Malaysia yang lalu, bila kita dah ketinggalan macam mmg begitu payah nak kejar pasal semangat dah luntur. Tapi skuad Rajagobal U23 ni tampak berbeza sekali. Mereka bermain walaupun tak berapa kemas tapi semangat berpasukan dapat diperatikan dalam perlawanan genting kali ni. Berbeza dengan perlawanan menetang Vietnam. di mana benteng pertahanan agak longgar dan pemain-pemain kelihatan terpinga-pinga mencatur strategi.
Ternyata tanpa tonggak utama seperti Zaquan, Malaysia masih ada lagi penyerang-penyerang berkaliber seperti Safiq. Walaupun beliau tak berupaya menjaringkan gol dalam perlawanan semalam, tapi jika diasah bakat dengan betul mungkin beliau boleh menjadi penyerang yang bagus. Macam aku kata dalam artikel sebelum ini, Malaysia memerlukan Coach Penyerang untuk melatih penyerang-penyerang kita yang kadang kala kurang kreatif. Biarlah kita mula melabur sekarang daripada kita menunggu bakat seperti Mokhtar Dahari. Kita semua sedia maklum, Supermokh seorang yang ‘gifted’ dan nak cari orang macam dia ni mmg payah dalam Malaysia. Apa salahnya kita mereka penyerang sperti Supermokh dengan membangunkan program latihan yang teratur dan sistematik..
Anyway, tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya mara ke Separuh Akhir dan akan menentang Laos pada 13/12/09 (Ahad) waktu tempata 3.45ptg (4.45ptg waktu Malaysia). Insyaallah ada la live kat TV1 atau TV2..
Leave a Reply
Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178