Apple mula dulu, yang lain mengikut

apps-hero-20090608

Ihsan dr Apple.com

Kalau baca betul-betul ayat di atas, mmg nampak mudah + direct tapi dalam maknanya. Bukan nak bermadah tapi nak menerangkan hakikat sebenar dalam kemajuan teknologi komunikasi terkini

Tentu kita semua pernah dengar pasal iPhone atau Blackberry Storm. Apa persamaan kedua-duanya? Sudah tentu ciri-ciri skrin sentuh (touch screen) yang banyak menarik perhatian pengguna-pengguna telefon smartphone. Salute kepada Apple kerana telah memulakan era Touchscreen dalam penggunaan telefon mudah alih. Tidak sia-sia perancangan dan kajian yang dilakukan bertahun-tahun selepas melancarkan versi iPod Touch. Ia seakan satu fenomena kepada pengeluar telefon untuk melengkapkan ciri tersebut ke dalam produk mereka. Kalau kita kategorikan mengikut jenis telefon mudah alih, samsung, LG, Blackberry sudah memulakan langkah mereka menempatkan ciri tersebut ke dalam produk masing-masing. So, siapa yang leading dan siapa yang follow?

Masa mula-mula Apple memperkenalkan teknologi Touchscreen pada iPod touch, RIM pengeluar model Blackberry lebih sibuk mengusahakan tentang fungsi Push-Email ke dalam aplikasi mereka. Boleh dikatakan fungsi tersebut sedikit sebanyak menarik perhatian golongan korporat yang gemar menggunakan telefon bimbit sebagai aplikasi atau gajet kedua selepas komputer riba. Masa tu, mmg persaingan dalam menggunakan fungsi push email ni amat sengit. Nokia keluar dengan model Communicator tapi terlalu tebal dan berat untuk digunakan. Begitu juga dengan O2, HTC, PalmOne dan lain-lain juga memperkenalkan fungsi tersebut ke dalam produk mereka. Ternyata, yang lebih popular adalah Blackberry.

Blackberry Storm

Bila Apple mula memperkenalkan iPhone 3G pada tahun lepas, RIM mula mengorak langkah mengikuti jejak langkah Apple dan nyata terlalu lambat untuk mengatasi kepopularan iPhone. Omnia keluaran Samsung juga gagal mengatasi kecanggihan iPhone walaupun telah mula memasarkan Omnia lebih awal dari iPhone.

Walaupun saya tidak pernah menggunakan tetapi dari pemerhatian saya, iPhone memang sukar ditandingi. Apatah lagi,

perisian Mac OS yang digunakan sukar ditembusi oleh variasi virus Trojan yang mana perisian sistem seperti Windows Moblie lebih kerap menghadapi masalah membendungnya. Jadi, kesimpulannya sebagai pengguna yang hendak membeli telefon jenis Touchscreen, buat perbandingan dan perincian terlebih dahulu sebelum memilih produk tersebut. Takut nanti tersalah beli.

Posted in : Sembang Teknologi

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178