Meriah-OK-Suram @ 1.30pg

Tengok title pun nampak pelik. Bukan aku nak memelikkan keadaan dan suruh korang pening kepala memikirkan apa erti semua ini.  Reunion XSMSA di Port Dickson telah berlangsung dengan meriahnya di mana segelintir 25 orang (anggaran kasar) telah menghadiri program Family Day tersebut. Acara berlangsung dengan lancar cuma ada beberapa kesilapan teknikal dan agenda yang tak dapat dipenuhi dan aku harap perkara sebegini tak diulangi pada masa acara yang akan datang.

Meriah

Kesian Zacque dan keluarganya, gara-gara tanah runtuh di mantin, perjalanan konvoi kami bertiga (aku-zacque-fairus) terlambat atau tergelincir dari masa yang ditetapkan. Tapi apa pun kami tetap meneruskan perjalanan dengan selamat walaupun korum tak cukup. Masing-masing dengan hal tersendiri mungkin kerana komitmen dan kerjaya masing-masing. Atau mungkin juga kerana PD tu terlampau dekat dan tak perlu tergesa-gesa nak ke sana.

Kami sampai waktu jam menunjukkan 1.30tgh. Nasi ayam Hj. Bakhil (gelaran diberikan oleh pelayan dia sendiri) boleh la tahan. Tapi betul ke kiraannya ni? Cam markup lebih jer… Event organizer tiba waktu pukul 4.30ptg.. Acara start pukul 5 ptg, tapi kenapa korang tak buat? Alasan? O.. hujan.. boleh la diterima. Lagipun waktu tu anak-anak aku nk mandi laut. So, acara dianjakkan ke esok pagi.

Malam? Malam BBQ memang meriah. Habis port Mat Rempit dan Minah Bonceng kitorang rampas. Dah 2-3 motor pusing balik bila tgk event BBQ kitorang yang dah lama bertapak di situ. Sorry ya brader. Terima kasih kepada Fairus, Mat Nor yang berjaya memasang bara untuk BBQ. Dan Shahrol ada sekali untuk mencover sesuatu.. heheheh. Aku lambat turun sbb sesuatu yang tak diingini terjadi pada anak kedua aku, Tasnim. Malam tu jugak aku adalah antara yang terlewat turun.. gara-gara anak aku Tasnim tak berapa sihat.

Esok pagi, pukul 9pg kitorang dah menunggu di cafe untuk acara seterusnya. Memandangkan ada acara mabuk ‘limau’ malam tadi, maka 2 puteri yang sedang bersemayam tak turun-turun untuk menjayakan acara sukaneka. Tu la.. sapa punya idea mabuk ni.. Acara tersebut berakhir dan berlalu begitu sahaja di swimming pool.

OK

Rata-rata program ini keseluruhannya boleh dikatakan OK.. atau kita bagi bintang *** . Acara tahun depan telah diajukan oleh sedara Shahrol dan Jailee. Urusetia akan membincangkan rangka kerja untuk program tersebut selepas tahun baru Yahudi. Buat sementara waktu, jawatankuasa akan dibubarkan pada hujung bulan November. Kita bersidang semula selepas itu.

Suram @ 1.30pg

Tasnim masih lagi demam, walaupun petang tadi ada menunjukkan tanda-tanda perubahan positif. Dia dah berlari-lari dalam rumah selepas Maghrib. Bila tiba waktu Isyak, dia mula baring. Dan aku rasakan suhunya mendadak naik ke 38.7 celcius. Aku gunakan air paip untuk lap dan beri dia ubat demam + antibiotik. Mulut aku sentiasa mendoakan kesihatannya pulih selepas menunaikan solat. Mohon keampunan Allah SWT dan mohon diberi penawar kepada sakitnya.

Pukul 12pg… suhu Tasnim mencecah ke 39.1 celcius. Aku tak berhenti-henti mengelap dan membasahi tubuhnya dengan air. Sekali-sekala aku check suhu dengan Termometer electronic. Still suhunya masih tinggi +-39.1 celcius. Aku check sekali lagi pada pukul 1.00pg suhu turun mendadak ke 38.4 celcius. Dan aku baru jer check suhu dia dan terdapat perubahan positif berlaku, suhunya sekarang 37.3 celcius. Subhanallah, Alhamdulillah. Allah telah memperkenankan usaha hambaNya. Dengan akal fikiran yang diberikan, manusia mencari jalan penyelesaian dan akhirnya Allah jua telah perkenankannya.

Kini aku perlu melelapkan mata untuk kerja keesokkan harinya. Dan aku perlu bangun pukul 6pg untuk memeriksa suhu Tasnim dan memberi ubat kepadanya. Sekian, wassalam

Posted in : Sembang Oldskool
Tags: , ,

2 Comments to “Meriah-OK-Suram @ 1.30pg”

Add Comments (+)

  1. amoi says:

    salam…all the best for the team..i’m mas xsmsa 5 seroja 94…jadi ke main boling kat alamanda nanti?

  2. admin says:

    jadi.. apo la ko. Sejak bila plak ko pandai menulis yer.. keeke. masa kat kelas tu takde lak tokoh..

Leave a Reply



Fatal error: Cannot redeclare wp_pagenavi() (previously declared in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/plugins/wp-pagenavi/wp-pagenavi.php:30) in /home/artisduo/public_html/grafiti/wp-content/themes/UpSide/wp-pagenavi.php on line 178